Nangka Pengganti Daging, Bukan Sahaja Enak Tetapi Kaya Protein

Siapa yang tak suka dengan buah nangka? Bukan sahaja sedap tetapi ia juga memiliki pelbagai manfaat buat kesihatan.

Selain dimakan mentah, nangka juga boleh dimasak sebagai gulai lemak, bubur, kerabu dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, nangka juga boleh menjadi pengganti daging dan ia cukup popular dalam kalangan orang yang mengamalkan vegetarian.


Nangka adalah pengganti daging yang cukup baik kerana kandungan proteinnya.

Dalam setiap ulas buah nangka, ia mengandungi 2.8 gram protein. Kandungan tersebut memenuhi lima peratus keperluan protein harian manusia.

Nangka juga kaya dengan tenaga serta serat selain bebas daripada lemak tepu dan kolestrol malah sesetengah orang percaya ia mampu menjadi vbat bagi penyak1t kr0nik seperti tekanan dar4h tinggi dan di4betes selain dem4m serta cir1t-bir1t.

Jadi tidak hairan, buah yang popular di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand ini kini menjadi buruan dan mula ditanam di seluruh dunia.

Pokok nangka juga mudah tumbuh dan mampu menghasilkan sehingga 200 biji setiap tahun.

Gulai Lemak Nangka antara menu popular dan enak.

Pengamal vegetarian dan pemilik restoran, Mandy Keyes memberitahu dia turut menghidangkan menu berasaskan nangka di restoran miliknya dan ia mendapat perhatian pelanggan.

Tidak hanya tertumpu kepada resepi mudah, Mandy memberitahu dia mengolah buah itu dengan cara menumis, memanggang bersama sos barbeku dan rempah bagi menaikkan rasanya. Ia kemudiannya dihidangkan sebagai sandwich hirisan BBQ nangka.

“Ia adalah sumber protein yang cukup baik malah mempunyai rasa cukup enak selain boleh menghasilkan pelbagai menu.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*