Gambar Dengan PU Riz Tersebar, Tak Sangka Ini Jawapan Neelofa!

Sejak semalam heboh di media sosial apabila warganet bertanya tentang hubungan sebenar antara artis jelita Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz

Ia susulan kemunculan PU Riz yang berbaju Melayu biru pada majlis perkahwinan adik pengacara, Neelofa iaitu Mohamed Aqief, menjadi bualan dalam kalangan warganet, semalam.

Ditambah pula, kakak Lofa iaitu Noor Nabila memuat naik video di Instagram Story yang memaparkan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail sedang bersembang dengan Lofa disertai emoji hati.

Tindakan Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan mengenai apakah hubungan yang terjalin antara PU Riz itu dengan Lofa selain rona sedondon yang dikenakan.

Video itu juga dikongsikan beberapa akaun di Instagram yang rata-rata teruja dengan hubungan rapat yang terjalin antara PU Riz bersama keluarga bekas hos MeleTop itu.

Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki.

PU Riz juga difahamkan menjadi salah seorang saksi untuk pernikahan adik Neelofa.

Lebih menjadi persoalan apabila Noor Nabila berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.

Sebelum ini, gosip mereka mula diperkatakan selepas PU Riz sering menjadi imam di solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa pada Ramadan lalu.

Antara foto yang tersebar di media sosial.


Ini penjelasan Neelofa

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, memberitahu dia mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan sering bekerjasama dalam program dakwah.

Malah, mereka kelihatan rapat selepas Riz menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.

” Penglibatan dia banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa dengan dia dan ustaz Tarmizi.

” Tapi jaduan ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar.

” Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah, memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Riz turut menepis g0sip itu dan menjelaskan hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata.

 

Sumber: http://limauais.pw/ via Media Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*