Pelakon Wawa Zainal mengakui rezekinya sekeluarga lebih terbuka luas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami iaitu Aeril Zafrel.
Dalam hal ini, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, dia percaya mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan.
“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya… sebelum ini saya suka bergadvh, sak1tkan hati Aeril dan suka cari fasal.
“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.
“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!” katanya kepada mStar.
Pasangan selebriti ini sering menerima pujian masyarakat apabila masing-masing dilihat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni dan bahagia.
Malah mereka juga dijadikan contoh oleh segelintir pasangan yang baru memasuki alam perkahwinan.
Sementara itu, Aeril pula mengakui hubungan mereka juga pernah divji, namun dia sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.
“Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga… tipvlah kalau kita kahwin tak ada masalah!
“Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami divji dengan macam-macam vjian tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.
“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gadvh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya, ” ujarnya.
Wawa dan suami yang juga pelakon Aeril Zafrel berkahwin pada 2013.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan.
Sumber: Mstar, Ig @w4w4_zainal
Leave a Reply Cancel reply