Zoey Rahman Hadiahkan Rumah Bernilai Setengah Juta Buat Ibu Bapanya

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menghadiahkan sebuah rumah jenis kondominium bernilai RM500,000 di Cheras kepada kedua ibu bapanya.Jelas pengacara rancangan Gerak Geri Gasing itu, kejayaan dalam hidupnya adalah kerana restu dan doa ibu bapanya.

Zoey yang ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada Jumaat mahu membalas jasa mereka.

“Saya percaya rezeki yang saya kecapi adalah keberkatan doa ibu dan bapa. Jadi, saya mahu membalas jasa dan peng0rbanan mereka yang menyokong serta menyayangi saya tanpa berbelah bahagi.


“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang ke Kuala Lumpur dari Terengganu pun semata-mata ingin memberikan sokongan untuk pelancaran produk saya.

“Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing saya dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.


“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

Tambah Zoey lagi, sepanjang lima tahun terbabit dalam dunia perniagaan, dia bergerak sendiri tanpa bantuan ahli keluarga.

“Sebenarnya, saya tak suka bekerja dengan ahli keluarga sebab kalau membabitkan mereka, saya kena jaga banyak perasaan dan saya takvt tak bersikap profesional.

“Oleh sebab itu, saya lebih selesa bergerak sendiri menempuh cabaran sebagai ahli perniagaan.

“Sepanjang mengusahakan bisnes ini, semuanya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri menerusi bidang lakonan. Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini.

“Saya juga gembira jenama yang saya usahakan ini mendapat sambutan yang sangat baik di platform e-dagang Shopee dan ia juga bakal dijual di Watsons tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*