“Awalnya, Saya Rasa…” – Aina Abdul Dedah Pengalamannya Kerjasama Dengan Ezad Lazim

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya gementar untuk bekerjasama dengan penyanyi Ezad Lazim.

Menurut Aina, Ezad merupakan seorang penyanyi senior yang mempunyai kemantapan vokal.

“Saya meminati suara Ezad menerusi lagu-lagu yang dinyanyikannya ketika bersama kumpulan Exists. Dia merupakan seorang penyanyi lelaki yang mempunyai kebolehan vokal baik di Malaysia.

“Pada awalnya, rasa gementar juga nak bekerjasama dengan Ezad. Tetapi bila mengenalinya, dia seorang senior yang baik dan sangat mesra,” katanya.

Aina bekerjasama dengan Ezad menerusi program Suria Duo X anjuran stesen radio Suria FM.

Menerusi kolaborasi terbabit, Aina dan Ezad berduet menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian asal Francissa Peter.

Aina juga menyanyikan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar manakala Ezad pula menyanyikan lagu Sumpah.

“Lagu kumpulan Exists yang dinyanyikan oleh Ezad itu memang sebuah karya yang mendalam dan penuh jiwa.

“Saya mencuba untuk menyampaikan dengan cara tersendiri dan berharap orang dapat menyukai versi saya.

“Saya juga gembira dan terharu apabila penyanyi senior berbakat seperti Ezad sudi menyanyikan lagu Sumpah,” kata Aina lagi.

Jom saksikan video persembahan mereka di bawah:


Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*