Impian penyanyi Wany Hasrita ingin memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya itu, baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu.
“Alhamdulillah atas segalanya. Betullah kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah… doa dipermudahkan untuk beli rumah.
“Ini azam saya tahun 2019, satu tahun delay tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya.
“Ibu ini rumah kita… terima kasih pada semua yang mendoakan,” katanya.
Penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi video dia bersama ibunya mengunjungi kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Semenyih, Selangor itu.
Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube itu, Wany berkongsi kepada peminat ruangan dalaman rumah berkenaan.
Malah, dia turut memberitahu akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.
“Ini adalah tanggungjawab ya! Rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing.
“Alhamdulillah… saya juga merancang untuk mengubahsuai beberapa bahagian di rumah ini,” ujarnya.
Menerusi laporan mStar pada Disember 2018, Wany berkata dua impiannya yang masih belum tercapai ialah membawa ibu menunaikan umrah dan memiliki rumah sendiri.
Sekali Eric komen
Sumber : Mstar, Ig
Leave a Reply Cancel reply