Mvsibah yang melanda keluarga Muhammad Syukur Khamis akibat kemat1an 50 ekor kerbau peliharaan mereka mendapat perhatian kerajaan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata, bantuan akan disalurkan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
Katanya kemat1an haiwan itu yang dipercayai akibat penyak1t hawar berdar4h atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat ser1us dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan jangk1tan ke kawasan ternakan yang lain.
“Keutamaan sekarang ialah memastikan kerbau ternakan keluarga ini tidak keluar dari kandang dan tidak bercampur dengan haiwan peliharaan penternak lain,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kandang kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran ‘Mowgli Malaysia’ itu di Kampung Kubang Bujuk di sini, Rabu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana untuk meringankan urusan keluarga tersebut.
Dalam pada itu, bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64 berterima kasih kepada dua pemimpin tersebut yang meluangkan masa melihat sendiri situasi terbaharu di kandang miliknya tersebut.
“Kami sekeluarga berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih ada… terima kasih kepada semua yang mendoakan dan prihatin dengan kami,” katanya yang mengusahakan penternakan kerbau sejak 50 tahun lepas.
Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan keluarganya tu1ar, selain gambar tersebut turut tersenarai sebagai antara 20 yang terbaik dunia. – Bernama
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply