“Jangan Paksa Diri Yang Penting Tutup ‘Gunung-Ganang’” – Khiriah Ajar Cara Jaga Aurat

Pelakon Noorkhiriah menasihati individu yang mahu melakukan penghijrahan dari segi penampilan imej yang menutup aurat agar tidak melakukannya secara drastik.

Ini kerana, menurut Noorkhiriah dia bimbang sekiranya perubahan diri secara mendadak itu sukar untuk terus dikekalkan sehingga ada yang cuba untuk kembali dengan imej lama.

“Jangan drastik nanti kot terkejut diri, itu yang patah balik tu.

“Mula-mula, jangan paksa diri untuk labuh (pakai). Yang penting, tutup ‘gunung-ganang’. Berubah itu mudah istiqamah itu susah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut Noorkhiriah turut memuat naik dirinya dengan imej tudung labuh yang mula dipraktikkannya.

Menurutnya lagi, langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan cuba menutup bahagian anggota badan yang wajib.

“Ajar diri sedikit demi sedikit untuk tutup aurat yang wajib, lengan, kaki, kepala, anggota lain.

“Bukan sekadar tutup tetapi longgarkan pakaian agar tak ada benjol, bengk4k sana sini..itukan aurat,” jelasnya.

Pada masa sama,  Noorkhiriah turut menasihati mana-mana individu yang cuba berhijrah untuk tidak mudah terkesan dengan cakap-cakap orang sekeliling yang mungkin mengkr1tik.

“Kalau orang kata apa-apa diam jangan balas. Nak berubah tak semudah yang disangka. Semua ini Allah yang suruh bukan ustaz bukan juga ustazah. Allah sayang kita hambaNya sebab az4b membuka aurat dengan sengaja sangat hebat.

“Makin lama makin ramai yang mempamerkan tubuh demi kepuasan diri. Doakan sebab pengakhiran seseorang itu kita tidak tahu.

“Ingat..labuh tidak selamanya labuh, singkat tidak selamanya singkat. Petunjuk dan hidayah milik Allah. Terus doakan diri sendiri dan semua,” katanya.

Sebelum ini, Noorkhiriah pernah mengakui terdetik bimbang akan nasib rezekinya sebagai pelakon sebelum membuat keputusan untuk berhijrah kira-kira sedekad yang lalu.


Sumber : Gempak via Kasi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*