Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan bernilai puluhan ribu kepada isteri tersayang, Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-36.
Memberikan jam tangan berjenama Rolex, Shuib mengakui ia merupakan hadiah termahal yang pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.
“Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.
“Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat dengan aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya sempena hari lahir.
“Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkembang positif,” kata Shuib yang enggan mendedahkan nilai sebenar jam tangan terbabit.
Pasangan ini ditemui di majlis kejutan hari lahir Sarah yang diadakan di U3 Hotel Subang pada Isnin.
Tambah Sarah pula, dia mengakui tidak pandai memakai barangan yang berharga mahal.
“Sejujurnya, saya agak terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan yang berharga mahal.
“Saya memang tak pandai memakai aksesori sejak saya kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini.
“Shuib adalah hadiah paling berharga untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Gempak, Ig @sitisarahraissuddin
Leave a Reply Cancel reply