Menurunkan berat badan bukan proses mudah sebaliknya ia memerlukan kerja keras dan disiplin terutamanya jika anda meletakkan sasaran penurunan yang besar.
Bagaimanapun semua usaha itu boleh menjadi sesuatu yang berbaloi bukan sahaja anda mendapat tubuh idaman tetapi ia turut memberi kesan positif kepada kesihatan.
Kajian turut mendapati, individu yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram atau lebih akan mengalami beberapa perkara ini, termasuklah;
1. Tidur lebih baik
Menerusi kajian yang dilakukan Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati individu yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) akan bernafas lebih mudah pada waktu malam selain kualiti tidur juga meningkat.
Dalam kajian sama, individu yang hilang berat badan sebanyak lima peratus boleh tidur 22 minit lebih lama pada setiap malam.
2. Rasa makanan berubah
Kajian dilakukan Universiti Stanford pula mendapati 87 peratus pesak1t yang pernah menjalani pembed4han bariatrik (pengecilan perut) mengalami perubahan rasa pada makanan.
Hampir separuh daripada pesak1t melaporkan ada sesetengah makanan kegemaran mereka menjadi tidak sedap yang menyebabkan mereka makan lebih sedikit berbanding sebelumnya.
Hasilnya, mereka kehilangan 20 peratus berat badan dalam tempoh tiga bulan.
3. Ingatan semakin kuat
Hasil kajian yang dilakukan The Endocrine Society 2013 pula mendapati wanita lanjut usia mampu mengecam wajah dan nama setelah mengikuti program penurunan berat badan selama enam bulan.
Penyelidik menjelaskan, keadaan itu berlaku kerana aktiviti otak manusia berkaitan pengenalan identiti meningkat sementara bahagian otak berkaitan memori episodik menurun.
Keadaan ini membuatkan otak lebih efisyen dalam menyimpan dan mengumpul kembali informasi baharu.
4. Kesihatan seksval
Baik lelaki atau pun wanita, mereka yang berjaya mengurangkan berat badan akan merasakan peningkatakan pada kesihatan seksval mereka.
Kajian yang dilakukan Canadian Family Physician misalnya menjelaskan bahawa 31 peratus lelaki 0besiti dengan disfungsi ereksi sudah mampu mengembalikan fungsi alat sul1t selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg.
5. Jarang sak1t lutut dan sendi
Menurut Arthritis Foundation, dengan hanya menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg sama dengan menghilangkan tekanan pada lutut kita. Jadi bayangkan kita berjaya menurunkan 20 kg?
6. Tekanan dar4h menurun
Berat badan berlebihan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan dar4h tinggi. Namun dengan bersenam dan mengurangkan berat badan sehingga lima kg pun ia sudah cukup membantu menurunkan tekanan dar4h.
7. Kurangkan risik0 kans3r
Lemak pada tubuh dikaitkan dengan risik0 pengembangan pelbagai jenis kans3r. Misalnya, wanita berusia yang mengalami masalah 0besiti memiliki 20 hingga 40 peratus peluang untuk terkena kans3r payudara.
Salah satu alasan yang mungkin dapat menjelaskan keadaan itu, lemak menghasilkan estr0gen dalam jumlah yang tinggi. Tingkat estr0gen meningkatkan kemungkinan berkembangnya kans3r payvdara, 0vari dan kans3r rahim.
Berita baiknya, usaha mengurangkan tiga kg pun sudah cukup untuk menurunkan risik0 kans3r pada wanita.
8. Kolestr0l menurun
Memiliki kadar kolestr0l jah4t yang tinggi dapat meningkatkan timbunan lemak pada arteri dan meningkatkan risik0 terkena penyak1t jantung, ang1n 4hmar dan ser4ngan jantung.
Usaha mengurangkan 10 peratus berat badan anda juga sudah membantu menurunkan jumlah kolestrol dalam badan.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply