Pelakon jelita, Nur Fazura selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 November 2017.
Terbaharu, Fazura mendedikasikan ucapan istimewa bersempena hari lahir suaminya, pelakon Fattah Amin.
Meraikan hari jadi Fattah yang ke-30, Fazura berkongsi video khas yang disunting untuk suaminya.
Menerusi video berdurasi 4:34 minit yang dimuat naik di ruangan Instagram TV, Fazura menghimpunkan foto dan video istimewa mereka sepanjang bergelar pasangan suami isteri.
Menerusi ucapan manis Fazura untuk Fattah, aktres yang sedang sarat hamil itu meraikan hari lahir terakhir suaminya sebelum mereka bertukar status sebagai ibu dan bapa.
Di ruangan komen, Fattah berterima kasih kepada isterinya di atas dedikasi ucapan yang menyentvh hati itu.
“You’re the sweetest ayang! I love you,” tulis Fattah.
Peminat dan rakan-rakan pasangan ini juga juga mengambil peluang mendedikasikan ucapan hari lahir untuk Fattah dan mereka turut mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke syurga.
Sumber: Gempak, Ig @missfazura
Leave a Reply Cancel reply