Keith Foo Terpaksa Lupakan Tawaran Di Indonesia

Sebelum melakar nama di persada seni tempatan, Keith Foo telah terlebih dahulu membina kerjaya di Indonesia bermula tahun 2009 dan pada 2013, pelakon ini kembali berlakon di Malaysia.

Semenjak mendirikan rumah tangga dan menyambut cahaya mata pertama, pelakon ini berehat dan menumpukan perhatian terhaddap anaknya.


Kembali rancak selepas dua tahun tidak aktif berlakon, Keith mengakui menerima beberapa tawaran untuk kembali meluaskan kerjaya di negara jiran.

“Tawaran terbabit saya terpaksa lupakan seketika dek kerana 1arangan merentas negara akibat wab4k COVID-19. Memang ada beberapa peluang kerjaya, termasuklah daripada bekas pihak pengurusan di sana.

“Semuanya masih dalam proses perbincangan dan belum dapat dipastikan lagi. Tambahan pula, kita semua tidak boleh keluar dari Malaysia,” kata Keith.

Bintang drama bersiri Ariana Rose ini juga tidak keberatan untuk kembali merancakkan kerjaya lakonan di Indonesia.

“Sekiranya ada tawaran yang bersesuaian, sudah tentu saya tidak keberatan untuk kembali membina nama di Indonesia.

“Apa yang pentinng, biarlah keadaan kembali stabil dan wab4k COVID-19 menemui penawarnya. Buat masa ini, saya kembali aktif di Malaysia dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig @keithfoo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*