Ramai Tertanya-Tanya, Akhirnya Uncle Kentang Dedah Sebab Sediakan Van Jen4zah Percuma

Nama Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang sememangnya tidak asing lagi di laman Facebook. Lelaki berbangsa Cina ini aktif memuat naik aktiviti kebajikan yang dilakukannya serta hebahan maklumat bagi mendapatkan dana sumbangan orang ramai demi membantu mereka yang memerlukan.

Bukan orang kenamaan mahupun wakil rakyat, namun Uncle Kentang aktif turun padang malah dia tidak kekok memandu sendiri van jen4zah yang dibeli hasil sumbangan orang ramai.

Ramai yang kagum dengan sikap dan keprihatinan lelaki ini, apatah lagi dia sukarela tampil membantu mempermudahkan urusan pengkebum1an jenaz4h umat Islam.

Sikap dan pendiriannya itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan lelaki ini begitu prihatin sekiranya membabitkan urusan kemat1an orang yang berbeza ag4ma dengannya.

Menerusi satu perkongsian, Uncle Kentang membuka cerita di sebalik apa yang dilakukannya selama ini.

Uncle Kentang menyimpan kisah sedih mengenai kemat1an bapanya berpuluh tahun dahulu.

“Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jen4zah? Kerana semasa ayah saya mat1, kami tak mampu beli ker4nda. Pukul 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu… di tutup oleh tikar mengkuang.

“Kami tak mampu urus beliau. Masa itu saya baru lepas SPM. Nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh, Mr Fong sebanyak RM2,500,” tulisnya.

Lebih p1lu, urusan pengkebum1an mend1ang bapanya tidak dihadiri ramai orang kerana mereka bimbang keluarganya mahu menag1h simpati dengan meminta wang.

“Masa ayah saya nak dikebum1kan, ramai tak hadir sebabnya takvt kami minta duit. Hari ini anak dia Ah Kuan akan tampil ketika kamu tiada duit.

“Saya fikir ayah akan tersenyum kerana anak dia faham akan situasi seperti itu. Ramai yang lari, yang hilang entah ke mana… dan hari ini kita tampil membantu kerana kita pernah laluinya,” kata lelaki ini lagi.

Uncle Kentang juga merungkai tanda tanya orang ramai mengapa dia memilih untuk menyediakan kenderaan untuk jenaz4h Islam dan bukannya untuk bangsa lain.

Van jenazah dibeli menggunakan wang hasil sumbangan orang ramai.

“Mengapa saya tak beli van may4t untuk bukan Islam? Tak perlu… kerana saya tak akan boros, kerana banyak group Cina buat bisnes may4t dan India pun ramai buat (bisnes) van may4t.

“Dari Mercedes hingga ke Velfire hingga ke van mewah… siap nombor cantik 8888,6868,118, 668… jadi kita leverage pada mereka ini.

“Kita hanya jadi pemandu van jen4zah, urusan mandi dan pengkebum1an kita serahkan kepada team kebajikan urus jenaz4h. Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita. Episod sedih ayah saya tak mahu diulangi lagilah.

Uncle Kentang menjadi antara orang yang terkedepan menghulurkan bantuan buat golongan yang kurang berkemampuan.

“Lagi pun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebum1an, dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mend1ang dapat dikebum1kan dengan sempurna mengikut adat masing masing,” katanya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 950 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang memuji dan mengkagumi keperibadiannya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*