Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pvsara suaminya Allahy4rham Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan kembali melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bermula Isnin.
Ibu BCL, Emmy Syarif memuat naik foto menemani penyanyi itu dan cucunya Noah Sinclair menziarah kubvr Ashraf pada Sabtu lalu.
Ashraf yang men1nggal dun1a pada 18 Februari lalu memberikan kesan yang mendalam buat BCL apabila dia kerap mengvbati kerinduan dengan menziarahi pvsara suaminya itu di San Diego Hills.
“#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#,” tulis Emmy
Menerusi foto tersebut BCL kelihatan sedikit susut duduk di samping kvbur Ashraf, dia hadir lengkap mengenakan pelitup muka dan face shield mengikut SOP ditetapkan kerajaan negara itu.
Foto lain juga memperlihatkan Noah duduk sambil menadah tangan membacakan doa untuk bapanya.
Indonesia membuat keputusan melaksanakan PSBB kembali di Jakarta selama dua minggu mulai isnin berikutan kes positif COVID-19 yang meningkat semakin mend4dak di provinsi itu.
SUMBER: Tribunnews via Mstar, Ig @bclsinclair, Ig @emmymuchlis
Leave a Reply Cancel reply