Dikatakan Bertudung Sebab Nak Kahwin, Ini Penjelasan Hannah Delisha

Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha menafikan dakw4an dirinya bertudung disebabkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Memetik laporan BH Online, Hannah menekankan dia hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang beragama Islam.

“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin. Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

“Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama drama Mencintaimu Mr. Photographer mendedahkan dia terpaksa menangguhkan niat untuk berhijab sejak Ramadan disebabkan komitmen dengan kerjaya.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah,” katanya lagi.

Sebelum ini, sekeping foto Hannah mengenakan hijab di media sosial telah mencvri tumpuan wargamaya.

Selain berkongsi foto tersebut, Hannah turut menukar gambar profile Instagramnya kepada wajah bertudung.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @hannahdelisha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*