Pada 15 Ogos lalu, Syamel, 27, dan Ernie, 28, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie.
Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.
Terbaharu, Ernie mendedahkan dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.
Menerusi laman Instagram, pasangan yang menjadi tetamu bagi program MeleTOP telah mendedahkan perkara itu kepada umum.
“Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya.
“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” jelas Ernie menerusi sedutan video MeleTOP di YouTube.
Dalam temu bual yang dihoskan oleh Nabil dan Kak Lina Pom Pom itu, Ernie sendiri mengaku dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply