Pelakon Shima Anuar memaklumkan anak lelakinya, Mikhael Imaan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami dem4m panas.
Ketika dihubungi Gempak, Shima berkata ini merupakan kali pertama Mikhael jatuh sak1t.
“Mikhael kene dem4m panas masa kami sekeluarga berada di Desaru, Johor pada Sabtu lalu.
“Mula-mula ingatkan dem4m biasa saja tapi bila bagi vbat tak kebah juga.
“Jadi, pada hari Isnin lalu kami bawa dia jumpa dengan doktor, tu yang kena tahan di hospital.
“Mikhael tak pernah sak1t sebelum ini mungkin sebab tu yang macam tervk sikit.
“Tapi alhamdulillah keputusan dar4h dah keluar, semua negatif,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A tetap meneruskan perniagaan menjual laksam memandangkan sudah menerima tempahan daripada pelanggan.
“Saya dengan suami kena bergilir-gilir jaga Mikhael sebab nak jaga Sophia sekali.
“Bisnes laksam saya masih berjalan macam biasa sebab dah dapat tempahan awal. Pelanggan pun dah bayar,” katanya mengakhiri perbualan.
Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Sumber: Gempak, @shimaanuar
Leave a Reply Cancel reply