Reaksi Anak Fasha Sandha Pertama Kali Jumpa Adik Bikin Tersentuh

Pelakon Fasha Sandha dan Aidil baru sahaja menimang cahaya mata mereka selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun berce rai pada 2006.


Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha

Terbaharu, reaksi anak-anak pelakon Fasha Sandha, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu adik perempuan mereka, Aisha Amaira sememangnya sangat menyentuh hati.

Reaksi comel Rayfal dan Jemyma itu dimuat naik oleh Fasha menerusi satu rakaman video pendek menerusi akaun Instagramnya hari ini.Video itu jelas menunjukkan Rayfal dan Jemyma begitu teruja sebaik sahaja melihat Aisha berada dipangkuan ibunya.


Sepanjang berjalan menuju kearah Fasha, Rayfal dan Jemyma tersenyum sebelum mencivm adik kesayangan mereka selepas bertemu dengannya.

“Hari pertama Aisha Amaira. Memandangkan hari ini hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak-anak ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.

“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha. Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.

“Lepas dua kali ibu kegvguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus-putus.

“Alhamdulillah Allah ganti baby girl yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah,” kongsinya.

Sumber: Gempak, Ig @fashasandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*