Covid-19: KKM Siap Siaga Menjelang Musim Sejuk

Beberapa negara luar terus mencatatkan peningkatan k3s Covid-19. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan k3s Covid-19 dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara-negara yang berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun jang kitan di dalam negara masih terkawal, berdasarkan pemantauan k3s Covid-19 di negara-negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis sekarang menunjukkan peningkatan seiring penurunan suhu di negara-negara terbabit.

“Jadi kebimbangan kita ialah apabila (tiba) musim sejuk, k3s akan bertambah dan kita perlu membuat kesiapsiagaan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara, di Putrajaya, Isnin.

Pada masa yang sama, beliau berkata vi rus Covid-19 didapati telah bermutasi dengan kadar kebolehjang kitan yang tinggi.

Dr Noor Hisham berkata, bagi memastikan penu laran terkawal, KKM melaksanakan kaedah kesihatan awam yang menuntut orang ramai mematuhi prosedur operasi standard, sementara KKM pula bersiap siaga dari segi penyediaan kemudahan.

Katanya kaedah itu juga membantu Malaysia mengenal pasti kluster dengan cepat.

“Bagaimanapun kita masih lagi perlu kerjasama semua rakyat untuk sama-sama memutuskan rantaian jang kitan Covid-19 di negara ini,” katanya. – Bernama

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*