“Semua Mu Nak” – Peminat Seloroh Zizan Usik Neelofa Teropong Masa Depan Bersama

Pelakon, pengacara dan usahawan jelita, Neelofa bukanlah seorang yang sering menyelitkan ayat-ayat manis di Instagram miliknya itu. Tetapi sesekali dia cuba untuk tidak terlalu serius apabila meletakkan kepsyen.

Terbaru dia menulis sesuatu yang agak ‘sweet’ sehingga mengejutkan segelintir peminatnya yang menganggap hati Neelofa mungkin sedang berbunga ketika ini.

“Looking into our future together,” tulisnya pada dua keping gambar sedang menggunakan teropong yang dimuat naik ke Instagram miliknya.

Seperti mengagak maksud Neelofa itu, pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengambil peluang mengusik Neelofa di ruangan komen pada gambar tersebut.

“Thanks awak 2021?? Hahahaha,” usik Zizan dan komen ringkas itu sahaja sudah mendapat 723 Likes.

Komen pelakon Polis Evo tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Sepanjang kariernya hingga kini, Zizan sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon wanita jelita seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah tetapi kesemuanya kini sudah berkahwin termasuklah Mira Filzah yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak berapa lama lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig @neelofa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*