“Mula-Mula Risau, Nak Hantar Pengasuh Ke Nak Ambil Maid?” – Niena Azman Hadapi Di1ema Ibu-Ibu

Gitaris kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki. Adithya Jabbar pada 14 Januari 2019 dan Barie Habibullah pada 6 Julai 2020.


Terbaru, isteri Rody, Niena Azman akui semakin matang sejak bergelar ibu kepada dua orang anak.

Menurut Niena, dia kini memahami di1ema yang dihadapi oleh ibu bapa apabila melibatkan penjagaan anak-anak.

Niena meluahkan pendapatnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Dulu masa dapat Adith ada je orang cakap, anak sorang boleh lah nak berlawo-lawo cuba ramai.

“Alhamdullilah sekarang dah dua masih boleh manage dan bersiap, tak ada la macam hantu kak limah. Lari En.Mi nanti.


“Mula-mula risau juga, dilema parents… Nak hantar pengasuh ke? Nak ambil maid ke? atau macam mana?

“Anak-anak ni masa kecil lah kita kena fokus sebab bila dah besar, masing-masing dah buat life sendiri.

“Even kita sendiri naik sekolah menengah je dah bajet boleh survive padahal underwear mak yang cuci.

“Ramai juga lah kawan-kawan Niena dengan Rody tanya, macam mana diorang uruskan anak-anak terutamanya dah lebih dari sorang. Seronok juga jadi parents ni, kita makin jadi matang,” tulisnya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @niena_azmann

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*