Mimie Haris Kongsi Tip Penjagaan Kulit Muka

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris berkongsi tip penjagaan wajahnya yang dilakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat.Menurut Mimie, apa yang penting perlu memahami keadaan kulit wajah sebelum memilih produk kecantikan.

“Ramai tanya saya punya rutin penjagaan kulit dan sebagainya. Biar saya beritahu kamu apa yang penting adalah perlu rajin, konsisten dan cari produk yang sesuai dengan kulit anda sampai jumpa.“Skincare saya semua dari berbeza jenama selagi kamu dah faham jenis kulit.

“Sesetengah produk mungkin bagus untuk anda tetapi tidak bagi saya. Jadi perlu sentiasa mencuba,” katanya.

Mimie berkongsi rutin penjagaan kulitnya di akaun Instagram miliknya.

Malah Mimie sempat berkongsi tip bagaimana hendak mengetahui sesetengah produk itu sesuai dengan kulit wajah.


“Biasanya bila kita tukar skincare kamu kena bagi sekurang-kurangnya seminggu untuk yakinkan produk itu sesuai atau tidak. Sebab kadang kala breakout skin berlaku bila skin keluarkan kekotoran lama yang terperangkap dalam kulit anda.

“Jadi kena sabar. Saya tak pakar tapi hanya berkongsi pengalaman,” katanya lagi.


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata gembira dengan perkongsian tersebut.

Sumber: Gempak, Ig @mimieharis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*