Suami Berkhidmat Jauh Di Australia, Ini Luahan Dayah Bersalin Tanpa Suami Disisi

Pengacara Dayah Bakar dan Hanif telah mendirikan rumah tangga mereka pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri kini berusia sembilan hari.

Dayah baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya tanpa kehadiran suami tercinta.

Begitulah peng0rbanan yang perlu dihadapi Dayah nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar apabila suaminya yang bertugas sebagai pegawai tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi tidak dapat pulang ke Malaysia bagi menatap wajah anak sulung mereka yang lahir pada 17 Ogos lalu.


Menurut Dayah, suaminya kini bertugas di Australia bagi menghadapi gelombang kedua Covid-19 dan masih menantikan keputusan untuk pulang ke tanah air.

“Suami saya nak balik sangat-sangat. Saya pun tak jumpa dia langsung sejak awal kami dapat tahu yang saya hamil, sampai la saya dah bersalin.

“Dia masih menunggu jawapan samada dia boleh balik atau tak. Australia sekarang ni sedang menghadapi gelombang kedua Covid-19 jadi peraturan di sana semakin ketat.

“Memang satu momen yang takkan dilupakan, 2020 merupakan tahun saya dan suami dikurniakan rezeki anak dan ia juga tahun di mana ada satu pandemik yang melanda,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang pengalaman pertama bergelar seorang ibu, Dayah berkata dia turut merasa gementar dan takvt untuk menjalani proses bersalin.


Tambah Dayah, dia pada awalnya tiada keyakinan untuk menghadapi pengalaman bersalin tanpa insan tercinta di sisi.

Namun, Dayah mengumpul semangat dan doa-doa orang sekeliling di samping meletakkan kepercayaan bahawa terdapat wanita di luar sana yang melalui situasi yang sama.

“Sebenarnya tak pernah terfikir saya akan bersalin tanpa suami di sisi. Seperti wanita lain sudah tentu saya pun ada rasa gementar, takvt.

“Mula-mula saya tertanya-tanya boleh ke saya lalui perkara ni. Tapi bila hari tu semakin dekat, saya kumpul semangat dan fikir yang apa-apapun, saya kena lalui juga.

“Tapi saya yakin Allah ada, doa suami saya sentiasa mengiringi dan jika orang lain boleh lalui, saya pun boleh lalui juga. Saya kumpul doa-doa orang di sekeliling saya,” jelasnya.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*