Potong Rambut, Hun Haqeem Kini Macam Park Sae Roy

Pelakon Hun Haqeem menarik perhatian peminat dengan penampilan rambut baharunya.

Menariknya gaya potongan rambut itu membuatkan Hun nampak semakin kacak dan menyerupai hero Korea.


Malah ada dikalangan pengikutnya bersetuju gaya potongan rambut Hun itu menyerupai hero dalam drama Korea popular berjudul Itaewon Class iaitu Park Sae Roy yang dilakonkan oleh Park Seo Joon.


Bagaimanapun difahamkan penampilan baru itu merupakan persediaan Hun untuk tuntutan watak sebagai Luqman.

Pelbagai reaksi positif diberikan di ruangan komen yang rata-ratanya memuji kekacakan wajah dan kesesuaian gaya rambutnya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @hunhaqeem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*