Kongsi Video Bercuti, Kaki Datuk Rizalman Jadi Perbualan

Pereka fesyen terkenal dan usahawan berjaya dengan jenama yang cukup sinonim di dunia fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim sememangnya seorang yang suka melayan karenah peminat-peminatnya di media sosial.

Ramai yang meminatinya bukan sahaja kerana rekaannya, tetapi celotehnya di media sosial terutamanya di Instagram yang menghiburkan, memberi pengajaran, malah berkongsi kehidupan sehariannya bersama peminat.


Dalam satu entri di Instagram miliknya, bapa kepada dua orang anak lelaki ini berkongsi video pendek mengurut kaki di tepi pantai ketika sedang bercuti di Pulau Pinang.

“Pencen-pencen ni, istirehat macam ni memang best,” tulis Rizalman pada video pendek tersebut.


Video tersebut mendapat respon daripada mereka yang mengikutinya di Instagram dengan pelbagai komen-komen lucu, berseloroh dan bergurau, kerana bukan urutan yang menjadi tumpuan, tetapi betis Datuk Rizalman yang menjadi perhatian.

Sumber: GEMPAK, Ig @rizalman71

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*