Susulan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wa bak Covid-19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tempoh dua tahun merupakan tempoh yang lama, dan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung penu laran wa bak Covid-19 termasuk melancarkan kempen pembudayaan normal baharu
“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga Perdana Menteri, supaya ia dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri, untuk umumkannya dalam masa terdekat.
“Kita lihat di negara yang tertentu masih berge lut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuhkan dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas merasmikan program Perkeso di Dewan raya Felda Bukit Besar, Kulai pada Ahad.
Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuan.
Dr Adham berkata, KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi MySejahtera, dan buku rekod pelanggan, bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster Covid-19.
Dalam perkembangan berasingan ketika mengulas mengenai den da RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau berkata ia bergantung kepada keputusan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.
“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan. Datuk DG (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam twitter.
“Kita (KKM) tengok pelbagai angle (sudut). Untuk kompaun maksimum RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penya kit Berjang kit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) nak dak wa lain itu terpulang,” katanya.
Terdahulu, KKM dalam kenyataannya berkata, Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawa lan Penya kit Berjang kit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jang kitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penya kit Berjang kit 1998 (Akta342).
Ia memperuntukkan den da maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply