Tayar Kereta Aaron Aziz Me1etup

Pelakon Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa syukur tidak mengalami kecede raan selepas tayar kereta yang dinaikinya me1etup di tengah jalan.

Berkongsi kisahnya, Aaron berkata dia bernasib baik kerana kereta yang dinaikinya tidak berpusing atau hilang kawalan.

“Cerita semalam…Habis shooting @fairiekhalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi me1etup. Nasib Baik tak swerve dan ter1anggar apa,” tulisnya di akaun Instagram.

Di platform yang sama juga, Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.

“Nasib baik run flat tires, walaupun dah pancit tayar dia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dah bunyi me1etup.

“Tapi… Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50 km sejam dan tidak boleh jauh daripada 80 km. Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka.

“Kepada para wanita yang membawa kereta, kalau kereta korang jadi begini jangan risau cari kedai tayar paling dekat,” jelasnya.

Menerusi perkongsian itu, Aaron juga memuat naik foto keadaan tayarnya selepas kejadian.


Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*