Terdahulu, pengacara Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu secara pemb3dahan.
Dayah terpaksa bersalin tanpa kehadiran suami di sisi berikutan Hanif yang merupakan pegawai tentera kini masih lagi terpaksa bertugas di Australia.
Dayah telah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.
Selepas genap tujuh hari kelahiran cahaya mata, Dayah mendedahkan nama anak lelakinya kepada umum yang diberikan sebagai Achbar Muhammad Fahri.
Menurut Dayah, nama tersebut merupakan piihan yang dibuat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
Perkara itu dikongsikan Dayah menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut menjelaskan maksud di sebalik nama puteranya itu.
“Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif. Achbar (dihorm4ti), Muhammad (yang terpuji), Fahri (kebanggaanku).
“Nama pilihan baba. Apa baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri itu memang pilihan tepat hati ibulah,” jelasnya.
Dayah memilih hari ketujuh untuk mend3dahkan nama bayinya itu sebagai mengikut saranan yang digalakkan dalam Islam.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pilihan nama anaknya itu yang disifatkan cukup indah.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply