“Bila Pasal Anak Ni Susah Nak Cakap…” – Fizi Ali Nangis Kerana Anak, Ini Sebabnya

Penyampai radio Fizi Ali berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan janjinya kepada aktres Shakilla Khoriri untuk menjaga anak mereka, Ameena Sofia sepanjang isterinya berada di Melaka atas urusan kerja.

Disebabkan itu, Fizi menangis kerana terpaksa memendam perasaan rindu terhadap Ameena sehingga dia sihat sepenuhnya.


“Perasaan tu datang secara tiba-tiba. Pertama kali saya masuk hospital, kebetulan pulak Killa outstation. Dia takda untuk teman saya di sini.

“Kalau boleh Ameena pun saya nak ada sekali. Tapi disebabkan dia berisik0 tinggi untuk terkena penya kit, saya tak benarkan.

“Itu yang sayu sangat. Bila pasal anak ni susah nak cakap. Selalunya seorang bapa memang dia susah sikit nak menangis.

“Tapi bila tak tahan sangat pendam rasa rindu terus tak sengaja nangis,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan dia sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini.


Namun, dia masih belum membuat keputusan sama ada akan terus mengambil Ameena dari rumah mertuanya atau tunggu sehingga dia pulih.

“Saya sekarang dalam proses penyembuhan. Saya fikir macam nak tunggu sihat sepenuhnya baru ambil Ameena dari rumah mertua.

“Tapi bila dah sampai rumah nanti mesti rindu Ameena. Lagipun itu adalah tanggungjawab saya  sepanjang Killa tak ada.


“Tapi ta kut juga saya tak boleh nak urus dan jaga dia. Kita tengok dulu macam mana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fizi telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya selepas mengalami de mam panas.

Pada Jumaat lalu, Fizi terpaksa melakukan pembe dahan minor bagi membuang bi sul di bahagian pehanya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @fiziali_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*