Pelakon Miera Leyana dan Rosland telah berkahwin pada 26 Julai lalu di St. Regis Kuala Lumpur. Mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu.
Majlis resepsi mereka telah diraikan dengan penuh meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.
Baru-baru ini telah timbul desas desus mengatakan Miera merupakan isteri kedua.
Mengulas perkara tersebut, Miera mengatakan isu poligami tidak sepatutnya menjadi perkara negat1f dan ia sama sekali tidak menyalahi undang-undang.
“Saya tak kisah orang nak gelar saya isteri pertama, kedua atau ketiga pun. Cuma saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey.
“Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun saya tak rasa saya buat salah sebab kami tak kahwin sorok-sorok! Saya buat majlis besar-besaran dan jemput orang ramai termasuk rakan media.
“Tiada apa yang perlu disembunyikan. Kalau saya salah, lebih baik saya dan suami nikah di Thailand senyap-senyap, tak perlu membazir duit ibu bapa saya,” katanya kepada Gempak.
Miera sebelum ini terpalit dengan tudvhan pihak tertentu yang mend4kwa dirinya merupakan isteri kedua kepada Rosland selepas mereka selamat diijabkabulkan.
Justeru, Miera hanya membiarkan netizen bermain dengan spekvlasi sendiri mengenai status dirinya tanpa perlu bersuara berlebih-lebihan.
“Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak mahu panjangkan isu itu. Apa orang nak kata, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.
“Lagipun, kami sudah selamat berkahwin. Lebih baik doakan yang baik-baik saja…
“Sepatutnya selepas berkahwin, saya boleh hidup bahagia dan lalui hari yang indah-indah tetapi ini pula jadinya.
“Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul,” tambahnya yang akui tertekan.
Sumber : GEMPAK, Ig @mieraleyana
Leave a Reply Cancel reply