Awie Takvt Tengok Cermin Ini Sebabnya

Gara-gara makan tanpa kawalan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi rock terkenal Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman akui takvt melihat wajah dan bentuk badannya ketika ini.

Mnurut Awie berat badannya naik mendadak sehingga hampir mencecah 90 kilogram.

Bagaimanapun, Awie kini kembali mengawal permakanannya dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih 10 kilogram.


“Masa PKP hari tu, berat badan saya memang naik mendadak. Saya rajin masak dan makan sendiri, itu yang sampai berat naik. Saya sendiri takvt nak tengok muka dan badan.

“Berat saya ketika itu hampir nak cecah 90 kilogram daripada 70 kilogram. Dengan ketinggian saya sepatutnya berat kena dalam lingkungan 70 hingga 80 sahaja. Saya tak boleh biarkan sebab badan jadi lemah.

“Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat dan sekarang sekitar lebih 80 kilogram tapi perlu kurangkan lagi. Saya mula jaga pemakanan… tak makan makanan berminyak,” katanya kepada mStar.

Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Wings Kita Merdeka 2020 di JM Bariani House, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dalam pada itu, Awie memberitahu dia dan ahli kumpulannya tidak mempunyai sebarang kebimbangan menantikan konsert pertama mereka yang diadakan dengan menggunakan teknologi Live Streaming pada 29 Ogos.

Kata Awie, biarpun konsert tersebut hanya boleh ditonton menerusi peranti atau di televisyen namun penonton tetap berpeluang untuk menghayatinya dengan baik.

“Sekarang ini kami tiada kebimbangan apa pun sebab saya tahu memang orang tak ada. Kalau dulu, kita bimbang kalau orang tak datang (konsert). Yang perlu kami lakukan ialah menjaga kesihatan sahaja.

“Kalau di rumah dapatkan speaker yang best baru boleh rasa nikmat konsert. Tak perlu risau, boleh buat apa sahaja di rumah, boleh buat macam-macam. Kalau nak civm artis di TV pun… civmlah.

“Walaupun konsert diadakan secara live streaming tapi masih boleh enjoy. Tapi apa-apa pun SOP perlu dipatuhi,” ujarnya.

Persembahan dalam durasi lebih dua jam itu bakal menyaksikan kumpulan yang popular menerusi lagu Taman Rashidah Utama dan Sejati itu mendendangkan 15 lagu.

Konsert Wings Kita Merdeka anjuran Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd itu boleh ditonton melalui penstriman di www.wingskitamerdeka.liveframe.my.


Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*