KUALA TERENGGANU – Sebuah masjid dan satu surau di Kuala Nerus ditutup selama empat hari bermula semalam untuk disinfeksi dan nyah kum4n berikutan dikunjungi individu dalam ujian pengesahan kor0nav1rus (Cov1d-19).
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya menerima makluman satu k3s disy4ki Cov1id-19 melibatkan seorang lelaki berusia 30-an pada 18 Ogos lalu namun masih dalam proses ujian pengesahan di makmal.
Menurutnya, individu tidak bergeja1a itu mempunyai sejarah pulang bercuti ke negeri ini dan sepanjang berada di Terengganu pada 30 Julai hingga 15 Ogos, individu itu telah menziarahi sanak saudara dan kenalan rapat di beberapa lokasi.
“Walaupun pengesahan k3s masih berjalan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak rapat beliau.
“Kita juga akan menjalankan proses disinfeksi ke atas surau dan masjid yang dikunjunginya dan mengesyorkan ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan beliau dan ujian makmal semua kontak diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Nor Azimi berkata, orang ramai tidak perlu p4nik dengan situasi berkenaan kerana langkah itu sebagai tindakan awal yang proaktif bagi mencegah dan mengawal penu1aran Cov1id-19.
“Masyarakat diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa dan tempat selain membudayakan amalan disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah Cov1d-19,” katanya.
Sumber : Sinar via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply