Ditanya Mengenai Hubungan Dengan Wan Sharmila, Ini Jawab Syazwan Zulkifly

Pelakon Syazwan Zulkifly tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala.

Ketika dihubungi Gempak, Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.


“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala.”Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan.

“Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.

“Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Syazwan juga menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti.


“Saya tak takvt bila ramai yang mendoakan agar kami bersama.

“Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.

“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri.  Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @syazwanzulkifly)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*