Ippo Hafiz Kongsi Rasa Teruja Jaga Anak, Kagum Kekuatan Isteri Berdepan Proses Bersa1in

Penyanyi Ippo Hafiz dan Fara Roslan telah mendirikan rumah tangga mereka pada 24 Ogos 2019 dalam sebuah majlis sederhana di Impian Abadi 8, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 5 Ogos lalu.


Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Terbaharu, Ippo Hafiz berkongsi rasa teruja apabila melalui perngalaman menjaga bayi lelakinya itu.

Walaupun sudah memikul tanggungjawab seorang bapa selepas mengambil anak angkat perempuan iaitu Cinta Rizky Amanda, 4, Ippo berkata pengalamannya kali ini sedikit berbeza.


“Ini adalah pertama kali saya menimang cahaya mata kandung… sangat teruja dan bersyukur. Tapi sebagai bapa, pengalaman mengambil Cinta sebagai anak angkat dah mengajar Ippo macam-macam.

“Kali ni, saya uruskan anak dengan isteri. Kalau dulu, saya uruskan Cinta bersama ibu bapa saya,” katanya kepada mStar.

Memilih Yusuf Zarin Nur, Ippo berkata, mereka mengambil nama tersebut berdasarkan perwatakan Nabi Yusuf yang membawa pelbagai maksud baik dan menyejukkan mata..

Selain itu, Zarin membawa maksud keemasan dan Nur bermaksud cahaya.

“Yusuf tu sempena nama Nabi Yusuf yang mempunyai perwatakan yang sejuk mata memandang. Zarin pula bermaksud keemasan dan Nur tu bermaksud cahaya. Kalau dalam bahasa Arab sebutan untuk semua perkataan ini terbalik jadi maksudnya akan jadi cahaya keemasan Yusuf.

“Saya dan Fara mendapat ilham dari situ la. Jadi, sejak baby dalam perut lagi kami dah biasakan panggil dia Yusuf.

“Jadi, saya mengharapkan netizen dan peminat mendoakan… kami pun memanggil Yusuf hari-hari dan Alhamdulillah keluar pun sempurna,” ujarnya.


Akui kagum dengan ketabahan dan kekuatan yang dimiliki isterinya sepanjang mengandungkan Yusuf, Ippo mengucapkan terima kasih kepada Fara yang sanggup berk0rban dan bertarvng nyawa.

Dia turut meminta peminat agar peminat mendoakan Yusuf membesar menjadi seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab kepada ibu bapanya.

“Sebenarnya saya kagum dengan isteri saya… sangat-sangat kuat. Pada saya dia wanita yang sangat hebat yang sanggup bertarung ny4wa dan berk0rban selama sembilan bulan mengandungkan anak kami.

“Alhamdulillah. Saya sangat berterima kasih kepada isteri saya yang banyak sangat bersabar untuk melahirkan anak kami.

“Saya minta peminat mendoakan agar Yusuf Zarin menjadi seorang anak yang soleh dan seorang anak yang akan membanggakan ibu dan ayah… yang pandai, baik, lembut dan bertanggungjawab, amin,” katanya.

 

Sumber: Mstar, Ig @ippohafiz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*