Covid-19: Dua Lagi Kluster Baharu Dikesan

Penu1aran wab4k Covid-19 di negara ini merekodkan 13 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,083 kes setakat Ahad 9 Ogos 2020.

Daripada 13 kes baharu yang telah dilaporkan, sembilan kes adalah kes import yang telah mendapat jangk1tan di luar negara yang melibatkan lima warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara

Empat kes selebihnya merupakan penu1aran di dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada k3s kemat1an akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kes kemat1an.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kemat1an berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 125 kes,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, sembilan kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,784 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, satu k3s positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengenai kluser Sivagangga, setakat Ahad, 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif Covid-19.

Seramai 4,078 individu disaring di Kedah, 390 di Perlis dan 168 di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat dua kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini.

Berikut perincian dua kluster tersebut:

1) Kluster Kurau

Dua k3s positif telah dikesan dalam kluster ini. K3s pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan k3s positif Covid-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020.

K3s kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, yang mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat.

Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif Covid-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini (iaitu lima orang) pula dikesan negatif.

Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini, 106 negatif dan sembilan masih menunggu keputusan. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

2) Kluster Meranti

Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif Covid-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes Covid-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembed4han (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020).

Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangk1tan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*