Pelawak dan pelakon Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah pada 2018.
Pelawak dan pelakon Achey berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa untuk keluarganya tercapai.
Menurut Achey, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah tercapai walaupun mengambil masa 10 tahun.
“Syukur… Saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.
“Walaupun masih hvtang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.
“Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat. Ya banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.
“Dvgaan? Ya penat dengan dugaan, kuncinya syukur dengan dvgaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Sementara itu di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga mengucapkan tahniah kepada Achey dan keluarganya.
Sumber: Gempak, Ig @acheykintangkintung
Leave a Reply Cancel reply