“Bukan Sahaja Kek, Tetapi Juga…” – Netizen Terharu Layanan Betty Rahmad Buat Pembantu Rumah

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad atau nama sebenarnya Norsha Rahmad telah mendirikan rumah tangganya dengan Ardy Damis atau nama sebenarnya Ardy Shafiq berkahwin pada 5 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup , mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.


Terbaharu, dalam satu IGTV yang dimuat naik ke Instagramnya, Betty, suaminya Ardy Damis dan anak mereka Ardy Wira berkongsi sambutan hari lahir Anim. Bukan sahaja kek yang tersedia, Betty turut menghadiahkan gelang tangan buat Anim.

“Happpppy Birthday Kak Anim Wira! Hari ni birthday orang yang banyak tolong saya uruskan rumah & jaga Wira kalau saya ada kerja. Dari @ardywira_ umur 7 bulan dalam perut sampai sekarang dah besar nak masuk 2 tahun.


“Sayang dia dekat Wira. Alhamdulillah doakan semoga Allah murahkan rezeki & pelihara keluarga Anim di kampung,” tulis Betty sambil mendoakan untuk pembantu rumahnya itu.

Rata-rata netizen memuji layanan baik Betty dan suami kepada pembantu rumah mereka seumpama ahli keluarga sendiri.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @bettyrahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*