Anak Sulung Fauzi Nawawi Dan Lisdawati Selamat Nikah

Pelakon Fauzi Nawawi, 47, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Nurul Hainil Fatihah, 25, melangsungkan perkahwinan, pada Sabtu.

Isteri Fauzi yang juga pelakon Lisdawati berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis berkenaan yang menurutnya berlangsung dalam suasana yang serba sederhana di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Malah Lisdawati berkata, majlis tersebut hanya diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

“Meraikan cinta anak pertama kami yang serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini.

“Maaf atas segala kekurangan daripada kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan.

“Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi daripada perkahwinam terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Sumber : Sinar via Soya Lemon, Ig @lisdawati15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*