“Berat Untuk Saya Tapi…” – Beberapa Tahun Cuba Bertahan, Tomok Akhirnya Tutup Bisnes Tudung Arriandra

Selepas lima tahun menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra, penyanyi Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, mengumumkan penutupan perniagaan itu pada Khamis.

Tomok berkata, keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya.

“Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra… yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online.

“Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia… bisnes ada naik turun,” ujarnya.

Stok tudung yang akan dilelong Tomok.

Perniagaan tudung itu diusahakan Tomok bersama rakan kongsinya yang dijual menerusi dalam talian dan laman e-dagang.

Dalam pada itu, Tomok akan membuat jualan murah dalam masa terdekat bagi menghabiskan stok yang tinggal.

“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini… nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung.

“InsyaAllah ada yang lebih baik di masa yang akan datang… Insyaallah, Aamiin.


“Hari ni kami terpaksa pindah keluar dari tempat ini. Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale.

“InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja… RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni,” kata Tomok.

Arriandra merupakan gabungan nama dua orang anak lelaki Tomok dan isterinya Rahayu Abbas iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.

Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta pemanis mulut Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.

Sumber: Mstar, Ig @tomokofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*