Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Shah berjaya menawan gunung tertinggi di negeri itu, Gunung Tahan.
Menerusi laman sosial Instagram, Tengku memuat naik foto ketika berada di puncak untuk tatapan umum.
“Saya di sini,” tulis Tengku menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Tengku mengenakan pakaian celoreng askar berwarna hijau lengkap bertopi dan sarung tangan, tersenyum membelakangi papan tanda Gunung Tahan.
Program kembara empat hari ini adalah cetusan Tengku sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur.
Tidak pergi bersendirian, turut mengiringi kembara ini adalah pegawai, kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan ucapan tahniah serta memuji keberanian Tengku.
Sumber: Gempak, Ig @this.7
Leave a Reply Cancel reply