Anak Minta Fasha Sandha Berhenti berlakon, Ini Sebabnya

Pelakon Fasha Sandha telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua buat Fasha.


Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Terbaharu, kerana kasihan melihat Fasha terpaksa melayan permintaan peminat yang ingin bergambar, anak kepada pelakon Fasha Sandha, Putra Rayfal meminta ibunya itu berhenti daripada menjadi selebriti.

Menerusi Instagram, Fasha telah berkongsi rakaman video Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila Fasha terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat lebih-lebih lagi ketika sedang sarat mengandung.


ā€œKisah beberapa hari lalu. Sebenarnya keluarkanĀ handphoneĀ untuk nak ambil gambar makanan. Tiba-tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambil gambar dengan ibu.

ā€œLepas dah ambil gambar, tiba-tiba anak sulung ibu ini luah perasaan diaā€¦ suruh kita berhenti berlakon sebab kasihan ibu selalu kena berdiri untuk ambil gambar di meja makan.


ā€œRupa-rupanya dah lama dia simpan perasaan iniā€¦ baru nak luahkan. Lakonan merupakan minat saya sayang,ā€ katanya.

ā€œI donā€™t want you famous anymore, orang nak ambil gambar sama kamu, awak kena berdiriā€¦ berhentilah berlakon!,ā€ kata Rayfal.

Sementara itu, Fasha mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan ini.

ā€œAnak yang suruh berhenti berlakon. Macam mana ni? Anak ibu baru tujuh tahun dah pandai kasihankan ibu kena berdiri.Ā I love youĀ anakku. Video ini kenangan untuk sayang!

ā€œSetelah hampir sembilan bulan berehat dari set penggambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang,ā€ ujarnya.

Komen Netizen:

Sumber: Mstar, Ig @fashasandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*