Duo YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra telah menggemparkan warganet apabila memadamkan kesemua 98 video pada Sabtu lalu.
Namun begitu, mereka telah memuat naik kembali video pada lewat Selasa petang.
Dalam video yang dimuatnaik itu, pasangan ini memilih untuk memasak dalca tulang kambing sebagai menu pertama.
“Vanakkam… hari ini kami masak dalca tulang kambing. Jom kita tengok cara masak dan bahan-bahan dalca tulang kambing yang paling senang dan sedap,” demikian kata S Pavithra pada permualaan video.
Menerusi video berdurasi 6 minit 14 saat itu, Pavithra tampil ceria dan bersemangat sepanjang rakaman dilakukan sebagaimana sebelum ini.
Sungguh pun singkat, video tersebut sudah cukup untuk mengvbati kerinduan peminatnya yang sentiasa ternanti-nantikan resepi terbaharu pasangan India berkenaan.
Duo YouTuber, Sugu Pavithra memuat naik video pertama mereka lewat petang Selasa.
Ia terzahir menerusi komen-komen yang ditulis pada perkongsian video tersebut.
“Yeayyy kamu kembali. Moga Tuhan merahmati,” tulis seorang pelayar.
“Pavi (Pavithra) kembali. Menuju 1 juta subscribers. Sentiasa menyokong,” tulis seorang lagi netizen.
“Saya sangat rindu kamu. Gembira melihat kamu kembali,” komen seorang yang lain pula.
Dalam masa yang sama netizen juga menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut selepas kontr0versi yang melanda mereka minggu lalu.
“Abaikan negativiti dan terus ke depan,” tulis seorang netizen.
“Terus ke depan dengan karier kamu. Semoga berjaya,” komen seorang yang lain.
Sugu Pavithra dikenali ramai kerana menyajikan video masakan yang enak selain fasih berbahasa Melayu.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply