Tanpa disedari, semua orang mempunyai masalah pori-pori tersumbat yang menyebabkan munculnya ‘blackhead’ atau ‘whitehead’.
Blackhead merupakan jenis pori tersumbat yang terbuka hingga menyebabkan boleh nampak kotoran yang tersumbat dan berwarna hitam. Juga digelar sebagai open comedone.
Manakala whitehead pula adalah jenis pori tersumbat dan tertutup. Maksudnya kita tidak boleh nampak kotoran di bawahnya kerana terdapat lapisan kulit di atas pori tersebut.
Faktor blackhead dan whitehead terjadi:
1. Sinar UV
Apabila kulit kita terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ia akan kehilangan kolagen. Kulit yang hilang kolagen akan menyebabkan volume loss, kulit lebih berkedut. Maka liang roma kita pun akan menjadi kurang elastik dan kurang anjal.
Faktor kulit sekeliling liang roma yang kurang kolagen akan menyebabkan liang roma kurang ‘structure support’. Akibatnya liang roma menjadi lebih besar dari semasa kita muda dulu.
Whitehead di bahagian dagu.
2. Usia
Faktor ini sama seperti penerangan di atas. Disebabkan kolagen kita semakin berkurang yang berkadar terus dengan umur, jadi dinding-dinding liang pori kita juga sudah tidak berapa elastik dan menjadi lebih besar.
3. Minyak berlebihan
Individu yang wajahnya mudah dinaiki jerawat secara langsung akan mempunyai pori-pori yang lebih besar. Ini disebabkan sebum yang dihasilkan lebih banyak, maka dinding pori tersebut semakin meregang dan pori nampak lebih besar.
Orang lelaki kebiasannya mempunyai pori lebih besar kerana sebum mereka yang lebih aktif disebabkan faktor hormon androgen.
4. Genetik
Jika keturunan anda memang jenis yang mempunyai pori-pori besar, anda juga akan berpeluang untuk ada pori yang agak besar.
Pemakaian mask boleh mengecilkan membersihkan liang pori-pori.
5. Kotoran
Secara normalnya kulit kita mempunyai beberapa lapisan dan lapisan ini akan selalu diganti setiap 28 hari. Apabila kulit atas matang, ia akan dinyahkan dari badan. Kadang-kadang kulit mati yang terkumpul ini akan terkumpul di sekitar liang pori dan menyebabkan ianya tersumbat dan bertambah besar.
Empat langkah kurangkan masalah blackhead dan whitehead:
1. ‘Scrub’ muka
Scrubbing merupakan salah satu cara exfoliation. Kotoran tidak akan sempat berkumpul di dalam liang dan tepi roma kita untuk menyebabkan dinding pori meregang.
2. Mencuci muka
Minyak atau sebum yang terkumpul di liang pori akan dicuci dan dikeluarkan ke permukaan kulit terutama yang ditumbuhi blackhead.
Sentiasa membersihkan muka anda bagi mengelakkan kotoran berkumpul.
3. Pakai mask
Kotoran yang melekat dimuka secara tidak langsung debu yang melekat di bahagian pori-pori muka dapat dikeluarkan.
4. Chemical peeling
Peeling membantu membuang sel-sel kulit mat1 di atas permukaan kulit. Terutama dalam kes whitehead dengan cara menggunakan mask atau cucian tidak mampu menghilangkan debu yang tersembunyi di lapisan bawah kulit.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply