Suami Beri Bayangan Mahu Tambah Isteri, Ini Jawapan Nia Ramadhani

Pelakon Nia Ramadhani dan Ardi terkenal sebagai pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan kata cinta dan berkongsi momen romantis di Instagram masing-masing.

Pasangan selebriti Indonesia itu berkahwin pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Setelah menempuh alam perkahwinan selama 10 tahun, selebriti Ardi Bakrie seperti memberi bayangan kepada isterinya pelakon Nia Ramadhani bahawa dia ingin mempunyai seorang lagi isteri.


Namun, hasrat itu segera dipersoalkan Nia apabila dia tertanya-tanya ciri-ciri isteri yang diinginkan Ardi.

Malah, Nia menerusi video yang tersebar di laman sosial kelihatan bersahaja dan tidak risau tentang perkara itu malah mengakui tidak bimbang dengan kehadiran wanita per4mpas.

“Bagi saya, kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Bergelar seorang isteri, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri.

“Tak perlu fikirkan tentang perempuan lain,” katanya.

 

Sumber: liputan6 via Mstar, Foto: Ig @ramadhaniabakrie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*