Usaha murni pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan tidak perlu dipert1kai lagi.
Malah jika disoroti paparan di laman Facebook miliknya, ada sahaja bantuan yang disalurkannya kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Terbaharu, Ebit mengumumkan satu lagi bantuan yang ditawarkannya kepada orang ramai.
“Doakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas.
“Cita-cita saya ingin supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama.
“Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita,” ujarnya.
Selain berfungsi sebagai ambulans, ia juga boleh digunakan untuk menghantar jen4zah di seluruh negara.
“Van jen4zah baru ini hampir setiap hari ada orang men1nggal dun1a yang memerlukan dari Kuala Lumpur dihantar ke seluruh Malaysia.
“Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga.
“Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini,” ujarnya lagi.
Dalam posting sama, Ebit turut berkongsi nombor telefon 01170787900 untuk dihubungi sekiranya ada yang memerlukan khidmat tersebut.
Selain perkhidmatan ambulans itu, Ebit baru-baru ini turut membuka pasaraya Elewsmart yang menawarkan harga produk pada harga yang cukup berpatutan.
Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong, Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Sumber: Mstar, Ig @ebitlew
Leave a Reply Cancel reply