Sebelum ini, Pelakon dan pelawak, Vicha pernah mendedahkan bahawa dia dakalanya tertekan dengan masalah berat badannya
Justeru itu, dia memasang azam untuk mendapatkan berat badan bawah 100KG dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Ternaharu, Vicha telah berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram menerusi laman instagram miliknya.
Cerita Vicha lagi, hasil penurunan berat itu berjaya diperoleh hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat.
“Selamat pagi sayang-sayang semua. Yeah, leher kita dah boleh nampak dah!
“Dah hilang 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu. Tenang.. perjuangan kita masih panjang guys. Insya-Allah kita boleh,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting itu juga, Vicha turut berkongsi gambar transformasi dirinya daripada 127kg kepada 117kg
Perkongsiannya itu telah mendapat reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus cekal untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.
Sumber: Ig @vicha_barbie
Leave a Reply Cancel reply