Pelakon Izreen Azmida dan Ude Wahid telah berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia di mana ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana. Hasil perkongsian hidup, Izreen dan Ude dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.
Terdahulu, Ude pernah berkahwin dengan Intan namun pada 22 Mac 2018, Ude membuat keputusan mencer4ikan Intan selepas lima tahun berkahwin dan mereka mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.
Manakala Izreen juga pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercer4i pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.
Terbaharu, Izreen dan suaminya Ude dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa dan perkara ini telah menimbulkan spekvlasi mengenai situasi rumah tangga mereka.
Kehadiran Izreen yang berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya membuatkan ada pihak tertanya-tanya apakah tujuan mereka hadir ke mahkamah berkenaan?
Merujuk kepada laporan daripada mStar, mereka berjaya mendapatkan Izreen untuk mengetahui teka-teki kehadiran mereka itu.
Bagimanapun, Izreen ketika dihubungi mStar menafikan perkahwinan mereka sedang dilanda bada1.
Izreen berkata dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.
“Kami ke mahkamah hanya untuk membayar d3nda nikah. Tiada urusan lain.
“Jangan salah anggap, kami okey saja,” katanya kepada mStar bagi menjawab teka-teki itu.
Sumber: Mstar, Foto: Ig @izreen.azminda
Leave a Reply Cancel reply