Kebanyakan selebriti memilih untuk merahsiakan nama anak dan menunggu sehingga hari ketujuh kelahiran sebelum mendedahkan kepada umum, namun lain pula bagi penyanyi Ippo Hafiz atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz.
Ippo telah berkahwin dengan Fara Roslan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 24 Ogos tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.
Ippoberkata tidak salah dia memilih untuk mendedahkan nama anak yang bakal dilahirkan lebih awal kerana berpendapat ia akan menjadi doa.
“Selepas doktor sahkan jantina anak dalam kandungan isteri adalah lelaki, saya terus berikan nama… kami sepakat letak nama Yusuf Zarin yang diambil bersempena nama Nabi Yusuf dan Zarin pula bermaksud keemasan.
“Bagi saya okay sahaja beritahu awal-awal kerana nama yang baik itukan doa. Semasa dalam perut lagi kami dah panggil nama itu supaya dia tahu itu namanya.
“Alhamdulillah, bayi membesar dengan sihat dalam kandungan dan dijangka akan dilahirkan kira-kira tiga minggu lagi,” katanya kepada mStar.
Memandangkan sekarang sedang penularan Covid-19, saya berharap pihak hospital beri keizinan untuk teman isteri sampai ke bilik bersalin.
Ditanya mengenai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka, penyanyi lagu Saat Bahagia ini mengakui berdebar menantikan detik bermakna itu.
“Persiapan semua dah siap, isteri pun akan berpantang di rumah keluarga di Shah Alam… gementar juga menanti hari kelahiran.
“Memandangkan sekarang sedang penularan Covid-19, saya berharap pihak hospital beri keizinan untuk teman isteri sampai ke bilik bersalin.
“Sejujurnya takut juga nak tengok proses itu nanti, tapi saya cuba kuatkan diri dan reda sahajalah sebab dah janji dengan isteri akan berada di sisinya sepanjang proses itu kelak,” ujarnya
Ippo turut miliki seorang anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi bernama Cinta Rizky Amanda berusia empat tahun yang dijaga sejak dilahirkan.
Sumber: Mstar, Ig @ippohafiz)
Leave a Reply Cancel reply