Tidak ada siapa pun dapat jangka bilakah seseorang itu akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Begitulah kisah Mohamad Zamzam Nordin, 37, yang menghembvskan nafas terakhir pada 9 Julai lalu akibat ser4ngan jantung.
Lebih p1lu, Mohamad Zamzam ‘pergi’ sehari selepas dia dan isteri, Nurasikin Mokhtar, 36, meraikan ulang tahun kelima anak tunggal mereka, Muhammad Khalish Aryan.
Terbaharu, tu1ar video si cilik itu sedang membaca surah al-Fatihah di sisi kvbur bapanya sehingga ia mengundang air mata dalam kalangan netizen yang menonton.
Bercakap kepada mStar, ibu saudara Khalish, Intan Zarina Mokhtar, 45, mengakui turut sebak tatkala menyaksikan video tersebut yang dirakam di Tanah Perkvburan Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor.
“Saya kakak kepada mummy Khalish. Tak boleh nak digambarkan perasaan macam mana. Papa dia pergi dengan mengejut. Memang mengalir air mata tengok video Khalish di kvbur.
Khalish di pvsara bapanya yang men1nggal dun1a akibat ser4ngan jantung.
“Malam sebelumnya kami sambut birthday Khalish, keluar makan di restoran. Keesokan hari, dia kena ser4ngan jantung mengejut masa nak pergi kerja,” ujarnya sewaktu dihubungi.
Bercerita mengenai ibu Khalish yang juga adiknya, Intan Zarina mengakui wanita itu cukup tabah biarpun diuji dengan pemergian mengejut itu.
Malah katanya, dia dan adik beradik yang lain akan sedaya upaya membantu Khalish sekeluarga memandangkan ibunya seorang suri rumah sahaja.
“Alhamdulillah mummy Khalish sihat, dia kuat demi anak. Mummy dia suri rumah manakala arw4h ada perniagaan sendiri.
“Kami ada bantu mereka, sekarang pun ada temankan di kediaman mereka. Mummy dia pun masih muda, InsyaAllah masih ada peluang kalau nak bekerja selepas ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Intan Zarina mengakui terharu dengan sokongan orang ramai setelah video Khalish di pvsara bapanya menjadi tu1ar.
Khalish bersama kedua ibu bapanya.
Tambahnya, hanya ucapan terima kasih yang mampu dizahirkan atas kata-kata semangat dan doa yang dititipkan netizen.
“Syukur sangat, Khalish pun tak reti apa-apa lagi. Tapi ramai yang doakan dia. Syukur sangat ramai kirimkan doa. Memang tak sangka.
“Arw4h papa Khalish sangat baik, arw4h tak pernah berkira. Dengan anak saudara semua pun memang baik. Memang tak ada masalah.
“Orang baik Tuhan sayang, cuma sedih sangat sebab pergi mengejut, sehari selepas sambut hari jadi Khalish.
Intan Zarina (kanan) bersama anaknya yang berkongsi video Khalish di Twitter.
“Mereka dah kahwin 10 tahun, lepas lima tahun baru dapat Khalish,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, posting video di Twitter yang dikongsi anak Intan Zarina, Aina Batrisyia menerima hampir 100,000 tontonan.
“Tiap-tiap pagi Khalish ajak pergi kubvr papa, Khalish rindu papa, Khalish kata papa masuk sini sebab papa s4kit nanti papa dah sihat, kita keluarkanlah papa. semoga Khalish kuat, jadi anak yang baik, jaga mami.
“Dia kata Khalish lelaki mana boleh nangis, lelaki kena kuat,” tulis Aina Batrisyia menerusi kapsyen posting itu.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply