Satu rakaman memaparkan empat jejaka menari mengikut rentak lagu How You Like That nyanyian kumpulan Blackpink menjadi tu1ar di media sosial.
Video itu menjadi bualan netizen berikutan salah seorang penari dikatakan memiliki wajah seiras dengan pelakon Remy Ishak.
Terhibur dengan komen netizen di laman Twitter, Remy memuat naik status mengusik peminatnya dengan memberitahu itu merupakan video lama tariannya.
“Aduh… vira1 pulak video lama saya, ” tulis Remy.
Menerusi video berkenaan, empat lelaki menari mengikut rentak lagu Kpop popular nyanyian Blackpink berjudul How You Like That.
Pandai betul Remy Ishak menari lagu BlackPink pic.twitter.com/cj4L5trDqA
— #EfaPerfumeHouse (@efaperfume) July 18, 2020
Peminat terhibur status ditulis Remy di laman Twitter.
Perkongsian Remy itu menerima lebih 3,000 retweet dan lebih 6,000 komen.
Rata-rata pengikut terhibur dengan status yang ditulis oleh Remy mengenai video tersebut.
“Pec4h perut saya gelak tak habis-habis tengok video ini sambil membayangkan yang lelaki tu kebetulan rupa abang.
Lagu baharu nyanyian Blackpink tu1ar dan menjadi trending seluruh dunia.
“Itu lagu tahun 2020 la bang… tak sangka pandai menari. Diam-diam minat Blackpink rupanya.
“Masalahnya ini lagu baru abang Remy. Eleh, padahal abang Remy ma1u nak beritahu orang yang abang ni penari Kpop kan?,” komen sebahagian netizen.
Hasil carian mendapati video asal tarian tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok akaun natchananthom.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply